Thursday, March 30, 2017
7 Perkara yang PENTING!!
LAKUKAN #TUJUH (7) PERKARA ASAS INI UNTUK LEPASI TAHUN PERTAMA DENGAN BERJAYA :
(1) Pemasaran secara konsisten.
Lakukan secara konsisten. Non-stop setiap hari!
Sehingga produk kita jual diterima oleh sasaran pelanggan.
Pemasaran yang baik ialah tidak menampakkan kita terlalu menjual.
Berkongsi sesuatu supaya mereka dapat manfaat.
Tunggu!
Sebelum jalankan aktiviti pemasaran, kenalpasti terlebih dahulu sasaran pelanggan, apa masalah mereka yang kita mahu selesaikan yang mereka sanggup bayar kepada kita untuk selesaikan masalah itu.
.
(2) Jaga pelanggan sedia ada.
Apabila sudah dapat pelanggan, jaga mereka. Biar mereka berpuas hati dengan layanan kita. Mudah untuk mereka jadi pelanggan setia.
Maklumat pelanggan juga harus disimpan rapi. Nama, alamat, no phone, emel, dan rekod pembelian.
.
(3) Asingkan duit bisnes dan duit peribadi.
Jika masih guna personal account dan segala macam duit dalam akaun tersebut bercampur, asingkan segera.
Sebahagian peniaga, bukan masalah jualan tak rancak, tapi duit masuk entah dibelanja ke mana. Duit pelanggan bayar, duit adik bayar hutang, duit gaji, duit suami bagi, semuanya digaul sekali di satu tempat.
.
(4) Letak target dan buat jadual gerak kerja.
Letak target sederhana yang harus dicapai.
Mula-mula letak target 12 bulan dan pecahkan kepada 3 bulan, 1 bulan dan harian.
Apakah gerak kerja perlu dilaksanakan untuk capai target tersebut? Senaraikan. Minta nasihat senior bisnes.
Buat sampai jumpa cara lebih betul.
.
(5) Ambil risiko mampu diserap.
Dalam apa-apa keputusan bisnes, usah gatal tangan over-excited ambil risiko besar. Apabila berlaku sebaliknya, kita terduduk, berhutang sana-sini.
Sentiasa ambil risiko kecil banyak kali sehingga kita jumpa cara yang betul.
Pada masa yang sama, jangan terlalu takut dan hati kecut. Nak ambil risk pun terhegeh-hegeh.
.
(6) Luang masa berjumpa dengan rakan satu industri.
Banyak maklumat kita dapat melalui sesi ini. Tidak perlu terlalu kerap. Usah pula minum kopi sampai melalut kepada perkara yang tidak beri makna. 5 jam padat berisi setiap bulan sudah cukup.
Di samping itu, ia juga membantu kita lebih kuat hati untuk terus berniaga. Dapat sokongan daripada rakan-rakan bisnes yang lain.
Mereka inilah komuniti positif yang terdiri daripada senior-senior bisnes yang selalu 'push' kita, galakkan kita dan berpesan do and dont's dalam bisnes.
.
(7) Amalkan gaya hidup 'biasa-biasa'.
Simpan untung. Ambil gaji minimum sahaja untuk tampung keperluan hidup.
Biar bisnes kita ada simpanan untuk 6 bulan ke hadapan. Lagi tenang kita mahu bekerja.
Majoriti usahawan berjaya hari ini, yang mana bisnes mereka sudah berkembang lebih 10 tahun, hidup sengkek dan cukup-cukup makan sahaja pada fasa awal bisnes.
Keuntungan peringkat awal banyak dilaburkan semula untuk perkembangan bisnes mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment