Pages

Thursday, March 16, 2017

Adakah anda begini?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Hari ini kita keluar dari topik kewangan. Kita bicara tentang perangai atau kata mat saleh ATTITUDE.Sepatutnya bila Negara maju pemikiran dan tingkah laku pun mesti maju tapi bak kata bekas PM kita
 “Malaysia ni boleh jadi Negara kelas pertama tapi sayangnya pemikiran kelas ke-3”



Signal Ajaib 😱😱
----------------------



Bila di jalan,anda rasa signal anda berfungsi ke tidak? Waktu jem la makin ramai yang x tahu kewujudan signal ni. Kereta BMW πŸš™πŸš™ tapi masuk x da signal..Ibarat lembu naik angin,main redah je 😑😑

 #CopypasteGroupsebelah πŸ˜’πŸ˜’
----------------------------------------



 Ini trademark yang paling femes di Malaysia. Semangat untuk berkongsinya ada tapi apa yang dikongsi tiada pengesahan dan selalunya hanya rasa2. Untuk menunjukkan dia serba tahu tapi x nak dipersalahkan kita biasa akan dengar “Aku copy dari group sebelah,x pasti betul ke tak”. πŸ€”πŸ€” Krik,krik,krik

Orang misteri πŸ‘€πŸ‘€
—---------------------------—
Kita mesti ada kawan2 yang bila makan,x kemas dan suka buang sampah merata. Alasan yang selalu digunakan “Ala,kang ada orang kutip la” atau “Ala.kang ada orang kemas la”. Kawan inilah yang paling pengotor. Ada je orang misteri yang akan tolong dia. Kalau datang meja/bilik dia, pasti ada tertanya,makhluk mana yang duduk sini?? 😰😰

Peminjam tegar 😞😞
—-------------------
Ini pasti akan ada diantara kawan2 kita. Geng2 gaji The Flash. Uniknya mereka ni,pinjam untuk benda yang bukan keperluan. Cth : Siti pinjam RM100 untuk emergency katanya,tup tap tup tap petang tu,dia datang dengan beg baru πŸ‘›πŸ‘›. Siap tayang kat public. Apa perasaan anda? πŸ‘ΏπŸ‘Ώ Manusia seperti inilah yang merosakkan hubungan  di antara kawan2.

Mulut  angin
—---------------



Geng mulut angin ni kena hati2 sebab mereka ni pantang dengar cerita/rahsia. Kalau nak buat experiment,boleh cuba tips ni. Mula2 kenalpasti geng mulut angin ni.kemudian cerita 1 isu kat salah seorang dari mereka. Hitung berapa lama,isu itu akan kembali balik ke kita 😁😁..Geng ni kalau main telefon karat (siapa x pernah main,sila google),kompem kantoi sebab cerita akan sentiasa ditambah bagi panas.

🚫 AMARAN : Jaga rahsia anda dan keluarga anda jika x nak dimalukan 🚫

Rasanya banyak lagi yang kita boleh senaraikan cuma kita stop dulu buat masa sekarang.Untuk semua perkara di atas,tolong beringat yea..Jgn jadi penjual ikan (selfish) sebab kita hidup majmuk dan tolong respect satu sama lain.

P/s : kalau ada yang pernah kena,share sikit 😎😎

-AMSE-

2 comments:

  1. Hahhaha... Malaysian sangat.
    Alhamdulillah tidak.
    Tapi yang no 1 tu kadang-kadang bila tenogk takde keretalah.
    Well... nobody perfect biasalah ayat nak selamatkan diri muahhhaaaa...

    ReplyDelete