Pages

Friday, March 17, 2017

Gaji The Flash

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Situasi di Malaysia : Gaji masuk hari ini,esok dah tunggu gaji bulan depan (Sindrom Gaji The Flash)




Faktor2 Gaji The Flash
—----------------------------------


1-Orang yang 1st cek gaji dh masuk 😁😁
2-Kerap termenung selepas hari gaji masuk 😞😞
3-Awal bulan sudah mula merungut gaji x cukup
😑😑
4-Kawan2 jadi mangsa pinjam πŸ˜“πŸ˜“





Apa punca Gaji The Flash ni,adakah disebabkan kenaikan kos sahaja atau disebabkan gaya hidup dan pengurusan kewangan?

 Jom kita cuba amalkan step di bawah dan cuba jadikan Gaji itu setia dihujung nyawa dengan kita.
 πŸ‘«πŸ‘«

1) Keperluan VS Kehendak 😎😎

Ini menjadi masalah besar bila KEHENDAK menjadi KEPERLUAN. Rambang mata bila p mall. Mana yang ada credit card,swipe bersungguh. Dinasihatkan awal bulan,buat list keperluan (Makanan,rumah,telefon)  yg perlu ada untuk survive (Wayang,Starbuck,Gucci, Astro bukan keperluan yea) kemudian baru kita rewardkan diri πŸ’ƒπŸΌπŸ’ƒπŸΌ berdasarkan peruntukan yang dibuat. Kawal Nafsu serakah untuk menjamin kehidupan yang selesa

2) Gaya hidup mewah  VS Gaya hidup bersederhana πŸš™πŸš™

Kita ulang semula bab rewardkan diri tu. “Dah kerja 8-6 x kan x leh enjoy?” Yes,boleh enjoy tapi mengikut kemampuan. Jangan la awak tu Gaji RM1,500 je tapi seminggu 2x kali starbuck kemudian setiap weekend shopping,makan diri la namanya 😩😩. Jangan ikut orang,rambut sama hitam tapi isi dompet semua lain2..πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ

“ If you buy things you do not need,soon you will have to sell things you need” Warren Buffet




3) Bajet itu penyambung nyawa duit anda πŸ“™πŸ“˜πŸ“—

Nampak,bajet itu penyambung nyawa duit anda,menunjukkan betapa pentingnya bajet itu dalam kehidupan seharian. Bajet itu menentukan hidup anda spt big boss atau papa kedana.
 Gaji 10k pun boleh merempat jika x reti bajet n Gaji 2k pun boleh hidup selesa jika bajet dalam tangan.
😁😁

Sample Case :

Mr A gaji RM2,800/bln dan dia mengamalkan sistem bajet setiap bulan. Cadangan yang dibuat

5%   : RM140 Limit sedekah/wakaf
10% : RM280 Bagi parents
10% : RM280 Limit saving & Investment
30% : RM840 Limit belanja harian
45% : RM1,260 Limit komitmen

 πŸ…ΎIni adalah portion yang dicadangkan. Percentage flexible mengikut kesesuaian anda

“ Do not save what is left after spending but spending what is left after saving” Warren Buffet

-AMSE-

No comments:

Post a Comment